By Khairil Ashraf PETALING JAYA : Pakar Terrorisme, mempersoal kesahihan di sebalik aktiviti kutipan derma yang dijalankan di hadapan bank dan pasar untuk pembinaan surau, masjid atau aktiviti berkaitan agama yang lain. R Paneir Selvam khuatir, aktiviti itu berkemungkinan disalahguna untuk mendapatkan wang bagi membiayai kegiatan Islamic State (IS). “Pada kebanyakan masa, tiada agensi yang mengawasi perkara ini. Saya ada terjumpa dengan (pihak) sebegini di pasar tani, pasar malam…dia letak satu kotak, letak gambar dan orang ramai akan menderma duit. Tetapi ke mana sebenarnya duit (sumbangan orang ramai) disalurkan? Apa tujuannya? “Oleh itu, saya rasa sudah tiba masa untuk pihak berkuasa menjalankan pengawasan. “Kita ada jabatan zakat untuk kutip zakat dan kita tahu ke mana sumbangkan itu disalurkan. Dari segi transaksi semua maklumat jelas, pemberi serta penerimanya. Tetapi bagi pengutip derma (di pasar dan bank) kita tak tahu,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini. ...
Realisation of Our Rights